Program Semakan Dan Permohonan Pengeluaran Khas Kwsp

17 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2022 bersamaan hari Sabtu, Program Semakan Dan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 05.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara membuat semakan akaun KWSP dan cara-cara membuat permohonan pengeluaran khas KWSP.

Pada akhir program, peserta berjaya menyemak serta membuat permohonan pengeluaran khas KWSP dan berharap dapat mengikuti lagi program lain yang dikendalikan oleh staf Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali